Monday, January 4, 2010

KETELUSAN S.P.R.M - rasuah di malaysia

kul 10 td,aku dan famili baru sahaja menyaksikan talkshow di TV3 yg btajuk SOAL JAWAB.

topik hangat adalah ttg SPRM sebagai badan pencegah rasuah di malaysia.

jadi,walaupun pengacaranya kurennnnggg mantapp sket,tp DATO ABU KASSIM telah memberikan penjelasan yang amat baik sekali untuk difikirkan oleh rakyat malaysia yang semakin terbuka mindanya....

KATA BELIAU:

mengenai tekanan politik,
ya, mmg benar,sprm menerima pelbagai tekanan politik. tekanan ini melibatkan semua parti,dan bukan drpd parti trtentu shj. malahan dlm kajian oleh jobstreet,pesuruhjaya tinggi sprm ialah kerjaya yang ke-3 paling mengalami banyak tekanan. oleh itu,adalah tidak adil untuk menyatakan bhw sprm dikongkong oleh kuasa politik tertentu. malahan,panel suruhanjaya yg menyiasat ketelusan kes2 kami terdiri drpd pihak yg betul2 bebas drpd sebarang pengaruh politik. mereka ini tidak dibayar oleh sprm, mahupun drpd kerajaan. mereka ini sememangnya berkhidmat dan mewakili rakyat. dan suruhanjaya ini adalah merupakan salah satu elemen perubahan yang masih lagi gagal difahami oleh rakyat.......

mmg betul,ada pegawai kami yang menerima & melindungi orang2 yg terlibat dlm rasuah,tp kami tidak melepaskan mereka atau melindungi mereka bagi membersihkan nama sprm. Malahan,jika perkara sedemikia berlaku,kami sendiri akan menyiasat dan melakukan pendakwaan,malah pegawai tersebut akan dikenakan hukuman yang lebih berat daripada org awam.

berkait dgn ketelusan sprm,mmg diakui tidak semua perincian sesuatu kes dihebahkan kepada umum. hal ini adalah disebabkan untuk melindungi siasatan kes dan keterangan pihak yg terlibat. hal ini mungkin menimbulkan persepsi bhw sprm tidak cukup telus dan cuba untuk melindungi pihak yang tertuduh,terutamanya org kenamaan. akn ttp,masyarakat perlu maklum bahawa x kira siapa yg dituduh dan apa pgkatnya,proses siasatan, hak individu dan keadilan kpd pihak yg terlibat perlu diambil kira. pendedahan kpd media,khususnya ttg kes yg masih lg dlm siasatan mahkamah boleh menimbulkan spekulasi dan menyebabkan kecelaruan perjalanan perbicaraan. hal ini boleh mengganggu keseluruhan siasatan dan seterusnya keputusan mahkamah.

ttg kelewatan kes,mmg benar,ada berlaku,ttp jumlahnya adalah kecil shj. hal ini berlaku disebabkan jumlah pegawai sprm iaitu yg hanya seramai 31 org sahaja. tahun lepas shj, tedpt 800 laporan kes yg perlu disiasat oleh 31 org pegawai sprm tersebut. dan setiap kes memkn masa yg berbeza. walaubagaimanapun,kebykan siasatan hanya mengambil sekitar 3-6 bulan. rakyat mungkin dimaklumkan oleh media ttg beberapa kes rasuah yg memkn masa selama bertahun-tahun untuk diselesaikan. akn ttp,sprm hanya menyiasat,dan keputusan ttg sama ada tertuduh bersalah atau tidak dan jenis hukuman terletak kpd mahkamah. dan proses di mahkamah turut memkn masa......


jika dilihat kembali,ketika negara kita mula2 merdeka, trdpt 3 masalah utama,iaitu:
  1. komunis
  2. perpaduan
  3. rasuah

masalah komunis lama kelamaan dpt dihapuskan. akn ttp,adakan masalah ini diselesaikan sendiri oleh pihak kerajaan shj? atau angkatan tentera shj? tidak! komunis dpt dihapuskan apabila semua pihak dan rakyat bersama-sama membantu menyelesaikan masalah komunis. isu ini boleh dijadikan pengajaran dlm isu rasuah. masalah utama kini ialah individu yg terlibat dgn rasuah berada di pelbagai peringkat masyarakat,sama ada org awam,ahli politik mahupun pihak berkuasa. masyarakat tidak sepenuhnya menghapuskan rasuah sebagaimana mereka secara keseluruhannya menghapuskan komunis. selagi semua pihak tidak sebulat suara dlm menangani hal ini,selagi itulah isu rasuah akan berlarutan. oleh itu,rakyat perlu sedar sprm hanyalah menyiasat,tp tidak dpt menyelesaikan masalah rasuah secara total dan adalah tidak patut untuk meletakkan beban 100 % kepada sprm utk menyelesaikan hal ini............

hm,cukup la stakat ni,ni baru je sbhgian drpd ape yg aku tgk...so,renung2kan la ape yg korg baca nie...

p/s: ksian sprm,siasat org kerajaan,kena pressure dgn kerajaan. siasat org pembangkang, kena pressure lak dgn pembangkang...

politik,politik....

No comments:

Post a Comment