Tuesday, April 27, 2010

kehilangan

apabila kita kehilangan sesuatu atau seseorang.. kita akan..
  • rasa resah
  • kecewa
  • rindu
  • menyesal
  • redha
  • optimistik
  • tak selera makan
  • sering terkenang2
macam2 la perasaan, dlm list ni pun x cukup... biasalah, ujian la katakan...

Ptg td, lepas keluar berkelana dgn myvi hijauku,
aku balik dgn gundah gulana, mencari2 henfon, tiada. Tp rasa2 mcm ada td.
Haih, mcm chipsmore pula. Try call guna henfon ibuku, mesin pula yang menjawab mesra.

TIDAK! Adakah aku akan... kehilangan... henfonku buat kali ke-3? Tercicirkah? Atau sudah dikebas orang? Siapakah gerangan manusia yang ada hati pada henfonku yg sudah x-up-to-date lg tu? Henfon burok pun ada yang berkenan ke?

Ishhhhh.... Aku cuba sabar dlm penuh pasrah sambil mendengar nasihat ibuku. Menyesal aku tak jaga elok2...

Dgn penuh duka lara, aku pergi mengambil adikku di sekolahnya. Hanya henfon sony ericsson k608i yg hilang bermain difikiranku. Adikku x keluar pula, bertambah sayu aku melayan perasaan sorg2 dlm kete selama lebih setengah jam smbil ditemani lagu2 di radio yang agak rancak (x kena mood betul la)..

Aku redha aje la. Ni mungkin kuasa Allah yg mahu menguji diriku. Setibanya di rumah, aku nekad. Ahhh, pantang hilang sebelum puas mencari!!

Cari punya cari.... Alhamdulillah.. Syukur... Jumpa juga akhirnya.. Dalam poket beg rupanya. Bikin suspen saja. Rupanya ada masalah, sbb tu call mesin yg jawab...


Konklusi:
(pantun D.I.Y.)

Ujian Allah datang bila2,

Pasrah dan redha bila terkena,

Jangan pula marah lagi kecewa,

Insya Allah,pasti ada hikmahnya.


k608i
henfon yg da old skool
beli masa form 1 or form 2
dan masih lagi berkhidmat dengan cemerlang kepada tuannya
*thank you Allah*

2 comments:

  1. haha. cheh, aku x knl. phone baru ah tu.

    ReplyDelete
  2. woit! henpon lama la bro. kuno da beb hp tuh..
    x cam kau..
    henpon cggih..
    aku henpon ol skool je.
    *tua2 makin berisi
    hahah

    ReplyDelete