ada satu cerita yang hendak dikongsi bersama,
dijadikan pedoman,dan mungkin juga harapan.
ianya bukan fantasi,mitos mahupun dongeng,
tetapi kebenaran semata-mata yang mempunyai hikmah yang ingin ditunjukkan oleh YANG MAHA SEMPURNA kepada hamba2nya....
ada sepasang suami isteri.
mereka berkahwin pada usia muda dan membina keluarga yang besar.
walaupun hidup dalam kemiskinan,
walaupun terpaksa membesarkan 10 org anak kesayangan mereka dengan segala kedaifan,
walaupun dengan segala ketidaksempurnaan,
mereka bahagia dengan penuh kasih sayang dan kesejahteraan.
masa berlalu.
alhamdulillah,
sejauh manapun anak-anak mereka semua berjaya dalam hidup masing2,
kebajikan ibu bapa mereka tidak pernah diabaikan.
pada suatu masa,
si isteri tiba2 sakit kuat,
sakitnya itu menyebabkan si isteri lumpuh,
hilang upaya untuk berkata-kata..
si isteri sakit selama bertahun-tahun,
sehinggalah pada suatu petang,
si isteri kelihatan lain daripada biasa.
lalu anak mereka yg kedua yg kebetulan singgah di kampung bertanya kepada ayahnya.
bapak,
mengapa emak kelihatan lain sahaja?
lalu si ayah menjawab,
mak kamu sudah meminta izin untuk pergi.
si anak yang kehairanan terus dihantui seribu satu persoalan dgn jawapan ayahnya,
namun tidak melanjutkan pertanyaannya.
petang itu juga,
setelah bertahun-tahun hidup dalam kesakitan,kesengsaraan,keuzuran,
dengan kuasa Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
si isteri pulang menemui Tuhannya,
dalam keadaan selamat dan tenang....
si anak yang sedang bersedih tentang kematian bondanya,
tiba2 teringat kembali jawapan ayahnya...
si anak tertanya sendirian.
bagaimanakah ayahku boleh mengetahui ibuku meminta izin untuk pergi?
sedangkan sejak ibuku sakit,
tidak berupaya untuk berkata2 dgn jelas,
dan tiada sesiapa pun yang bisa mengerti kata2 nya?
si anak kemudian duduk dan berfikir sejenak,
lalu terlintas di hatinya
"mungkin inilah yang dinamakan kasih sejati.
saling memahami,
saling menyayangi.
walaupun tanpa kata-kata,
tanpa sentuhan belai,
mereka mengetahui isi hati masing2,
sedia menerima antara satu sama lain dengan seadanya,
dan sentiasa bersedia untuk kehilangan orang yang disayangi,
kerana mereka mengetahui,
walau betapa sayangnya mereka kepada insan tersayang,
ada YANG LEBIH MENYAYANGI insan tersebut".
No comments:
Post a Comment