salam
hahahahaha
excited nihhh
semalam baru tgk dvd INVICTUS,
cerita ini mengisahkan tentang.....
Nelson Mandela yang baru sahaja dipilih sebagai Presiden Afrika Selatan setelah dibebaskan daripada belenggu penjara,mengalami masalah untuk menyatukan rakyat berkulit hitam dan putih. Beliau kemudiannya berjaya memberikan inspirasi kepada pasukan ragbi Afrika Selatan yang diketuai oleh Francois Pienaar untuk menjadi agen penyatuan rakyat negaranya, dan seterusnya menjadi Juara Piala Dunia Ragbi 1995...
gandingan morgan freeman dan matt damon berjaya memberikan jiwa kepada filem nihh..
tak tengok mmg rugi la korg......
tema utama filem ni (ehhh,cam familiar je ayat ni???) adalah bagaimana 2 org pemimpin yang berbeza latarbelakang bekerjasama dan berusaha untuk memberi inspirasi kepada penyatuan rakyat mereka yang berada di ambang perang saudara.
bercakap tentang inspirasi....
aku pun ada kejadian yang memberikan inspirasi untuk lebih berjaya..
cerita ni pun ada kaitan dengan rugby jugak..
well...
aku ni xde la sehebat ruggers lain dalam team aku apatah lagi seantero malaya.
tapi aku cuba, dan terus mencoba yang terbaik...
masa form 4,cikgu ragbi aku,cikgu shahrul, buat selection utk ragbi sbp 10s.
satu hari ni, ada friendly dgn smap labu untuk final selection.
satu hari ni, ada friendly dgn smap labu untuk final selection.
tah kenapa tah,aku main x mcm biase,tackle tak lekat,knock on la dan sebagainya...
tiba2 aku dipanggil cikgu shahrul ke tepi padang....
PAAAMMMMM!!!
kedua-dua pipiku terkena DOUBLE SLAP daripada tangan cikgu shahrul yang mcm tukul besi tuhh,
ibarat roti canai yang ditepuk2 oleh mamak kat kedai osman tuh...
tapi,aku tak down.
aku anggap sakit tak dapat pegi tournament sbp 10s lagi sakit daripada kena double slap tuhhh....
tiba2 je,aku da main elok cam biase...
penampar tuhh memberi inspirasi untuk aku memajukan diri..
dan akhirnya,
aku terpilih untuk sbp 10s...
tp sebenarnya,
bukan aku je yang kena,
da ramai yang kena tampar,maki la...
hahahaha...
tp kitorg x kesah,
sbb ktorg tau cikgu buat tu untuk kebaikan kitorg jugak..
so....
TERIMA KASIH CIKGU!!!!
hm.... rindu ragbi sgt2 ni.........
jom!