assalamualaikum
KRONOLOGI
aku,syamil dan bobo berangkat dari jb ke seremban around 5.40pm,
dgn menaiki bas plusliner yg mmg setia dr zaman form4 dulu. heheh..
dalam bas yang tak sampai separuh penuh tuh,xyah cite la. asek berbual aje.
sampaikan macha yg duduk dpn aku trus pindah depan sbb ktorg x reti diam.
berbual sudah tentulah ttg result dan khabar terbaru masing2..
jap jap,rupanya bday syamil arituh. aku langsung x igt,ape punya kawan la aku nih. sori mel! heheh... dia punya la excited,celebr8 dgn awek dia. awek dia siap bagi kek n jam lagi. patut la dia sengih ke telinga aje walaupon gabra tggu result spm....
sbb perasaan yg bercampur baur bak rojak mamak kat family store tuhh,
tido pon susah.
bobo tido sket,syamel tdo kejap gler,aku x tdo langsung. hati tarak tenang la bai!
around 9pm,kami sampai di terminal 2 seremban.
pas beli tiket balik untuk aku dan syamil,
kitorg pun makan kat old town white coffee.
asalnya plan nak makan kat mamak,tp sbb da byk kes ttg keraguan status halal kedai mamak,
dan juga sbb syamel yg suggest,
ktorg pekena kat situhh..
then,
tok teh syamil bwk ktorg gi umah dia kat senawang. dia sgt2 friendly,membuatkan kitorg kurang nervous tunggu result..
kat uma dia,ktorg gilir2 on9. ramai giler,kecoh beb.
pas solat,around 1 lebey baru nak masok tido. itupun baring2,msg,berborak lagi....
liat betol nak tido,cam insomnia la pulak.
tah x igt lak tido kol bape..
around kol 6,da start dgr alarm phone,tapi masing2 wat pekak je
around 6.30 bru nak bgun..
aiseyy,tah cmne,masa mandi aku leh pulak terpatahkan batang penyidai tuala dalam toilet. naseb baik tok teh ok je. hehehehe
pas siap2 sume,ktorg singgah kedai the green leaf,sarapan.
tau2 je la,nervous sgt,makan setakat roti canai n tosai je yg boleh masuk perut.
tiba lak si apek buat saspen kata gps samura 1.34. makin cuak la ktorg....
nak dekat kol 10am,ktorg sampai skola,
time tu baru ada izzat iskandar n megat,dorg da siap pakai baju melayu dah.
time tu baru ada izzat iskandar n megat,dorg da siap pakai baju melayu dah.
ktorg yang lum salin baju melayu ni secara direct disound oleh madam lim.
pas salin baju kat bilik ubk,
kitorg turun nak round skola.
boleh pulak madam zahuren panggil aku hijazi... sbb dia igt aku ni betol2 hijazi! aisey.... sedey beb,aku igt aku da lari drpd byg2 dia. hahaha...
x lama pastu,berduyun-duyun 7th batch dtg..
btw,
aku sebenarnya agak happy bila budak junior yg selalu kena sound dgn aku masih lg tegur aku,tanya khabar,gurau2..
alhamdulillah,agaknya dorg dah paham kot...
da around 11 lebey,tgk cikgu2 sume cm happy je,so kitorg da suspek sumting. miss fara suruh kitorg tgk headline kat utusan online-GLADYS TAN,SM SAINS SEREMBAN TERBAIK SPM.
ape lg,makin berdebar la. bila aku tgk mak nik rusydan da peluk miss fara sambil menangis,kitorg da konfem la nik dpt str8 a+. so aku dan syamil try usha miss fara sapekah gerangan hamba Allah yg lagi satu dpt str8 a+ tu,tp dia x nak gtau...
around kol 12,
pengetua masuk dalam dewan diiringi dengan tepukan gemuruh para hadirin,
keadaan makin hangat apabila jurukamera rtm turut melangkah masuk ke dewan putera saser.
selepas membaca doa dan ucapan pengetua,
cikgu haris dan cikgu rosli mula umumkan pencapaian saser.
sume subjek meningkat,dan semua musuh tradisi telah dpt dikalahkan.
mula2,cikgu umumkan 2 org pelajar yg DPT STR8 A+.
NIK AHMAD RUSYDAN mmg sume da agak da...
tapi yg 2nd nie,unexpected,sbb igtkan dana or aiman rosli...
tiba2 MUHAMMAD SYAMIL dipanggil.
aku yang duduk sebelah syamil terus cam"WHAT THE??!!"
hmm,aku ni makin la x senang duduk.. tunggu punya tunggu punya tunggu,
AMIR 'IFWAT BIN MUSA.
alhamdulillah,
syukur sgt2. aku terus bangun dan salam cikgu2 lelaki sebelum naik ke pentas menerima fail keputusan daripada cikgu norazhar.
aku msg n call ibuku untuk bgtau result..
heheheh...
kat luar dewan budak2 da celebrate,da start berterima kaseh kat cikgu2...
amik gambar sumee..
calling2...
pastu budak2 ragbi da dapat jersi batch,
lawa gileerrr!!
budak2 dpt makan free kat kantin baru,syamil aje makan tp aku x selera nak makan. teguk air sirap ais byk2 sebab air liur kering,asek berbual je dua hari tu..
boleh pulak bobo terbawak wallet aku,naseb baik sempat pulang.
pas tukar baju dan solat jamak qasar,
aku dan syamil gerak ke terminal 2 dgn tok teh.
btw,aku balik pakai jersey rugby baru tuh. bangga beb dgn saser!!
sampai2 aje,
bas da gerak. kat kaunter plusliner,termasuk kitorg ni ada la 6 org yg lambat dtg,so daripada tiket 3.30pm terpaksa la amik 4.30pm,tambah rm19.50 lg...
sementara tunggu bas
kitorg singgah marrybrown,tp aku sorg je yg makan,pas dpt result bru boleh selera..
pas masuk dlm bas,kitorg berborak sakan..
syamil masehh lg x caye dapat str8 a+,aku rasa cm nak tepuk je dahi dia tuh. hehehe...
dia punya la excited sampai xtdo,aku yg mmg da letih sgt nih tdo aje la sampai hentian sebelah kat mane ahhh...
pastu tgh asyik berbual,tgk2 da smpai tol skudai.
HOME SWEET HOME!!
around 8am,kitorg selamat sampai terminal larkin.
ALHAMDULILLAH,
DENGAN :
- IZIN ALLAH
- BERKAT DOA IBU BAPA
- USAHA CIKGU2 DAN SEMUA WARGA SASER
- SOKONGAN KAWAN2
- DAN JUGA IKHTIAR BERSAMA
PUTERA2 SASER 7TH BATCH RUCKSASER 08/09,
TELAH BERJAYA MELETAKKAN SASER SEBAGAI YANG TERATAS DAN TERBAIK DALAM SPM 2009 DI SELURUH MALAYSIA.
TERIMA KASIH KEPADA ALLAH,IBU BAPA,GURU2,DAN RAKAN2....
TAKKAN SASER HILANG TAKHTA,
SASER NAMAMU TERATAS.
ALL THE BEST TO ALL SASERIANS.
-amir 'ifwat bin musa-